Pengenalan
• Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilainilai budaya dan sosial mereka.
• Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang Siapakah yang berisiko?
• Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
• Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
• Kurang berminat dengan sekolah
• Sejarah penderaan fizikal atau seksual
• Kurang pengawasan ibu bapa
Apakah kesan-kesannya?
• Dari aspek perubatan:
o Kehamilan yang tidak diingini
o Pengguguran anak yang tidak selamat
o Pembuangan bayi
o Jangkitan seksual
• Dari aspek psikologi dan sosial:
o Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
o Mengalami gangguan emosi
o Tiada keharmonian keluarga dan sosial
o Implikasi undang-undang
Bagaimana untuk mengelakkannya?
• Elakkan melakukan hubungan seks
o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain
memaksa anda.
o Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan
"Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun
pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
o Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan
meminta seks sebelum kahwin
o Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan
baik.
• Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti
budaya atau kerja-kerja sukarela.
• Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda
mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
Apakah implikasi undang-undang yang ada?
• Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal
Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
• Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang
berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi
undang-undang.
• Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah
pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka
yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini
dikenali sebagai"Statutory rape" .
No comments:
Post a Comment